First raya begitu banyak ceritera yang ingin di ungkapkan dan di perkatakan. Pabila sudah jumpa saudara mara yang jauh atau pun dekat, tak kisah la kan? yang penting kita saling kunjung mengunjung. hari raya sahaja yang dapat menyatukan sillatulrahim sesama umat.
Bermula sudah kaum-kaum mukabuku mengabadikan a.k.a upload gambar raya mereka berbagai warna baju melayu, baju kurung, baju kebaya dan baju-baju sekumpulan dengan nya. Ada yang berada di kampung, ada juga yang berada di bandar, Yang penting! meriah! ok la kan? aku ada la "skodeng" mukabuku teman-teman dan juga orang yang tidak di kenali, bukan aku nak buat ape pun just nak tengok kemeriahan korang menyambut syawal.
Banyak jugak la info yang aku dapat, berguna? boleh la buat modal beli milo ais then duduk depan laptop. Macam-macam cerita ada yang gembira pergi beraya sampai penat tak hengat tidur sampai lalat masuk hidung pun tak sedar dasat betul kan? Tapi ada jugak yang tak berapa nak gembira sebab time nak pergi beraya lah macam-macam hal berlaku ada yang kena ragut la, tayar pancit tepi highway, terbagi lebih duit raya, nangis tak dapat duit raya.
Tuh la asam pedas dan garam batu kehidupan, setiap orang ada cerita sendiri samada ingin berkongsi? belas kasihan? fofuler? atau sekadar suka-suka.Korang la yang decide aku tak kisah pun. Tapi bagi aku semua itu menarik,kenapa? ha! lu pikir la sendiri. suka suki aku jer guna tagline orang. Berbalik pada kenapa? benda yang kita tidak tahu jadi tahu, setiap orang ada corak kehidupan yang menarik tak kira la suka atau duka, omputih cakap flow kehidupan setiap saat adalah unik dan itu adalah arts,kalau di adaptasikan dalam filem mungkin cantik.
aduh,kering-kering
ketandusan idea sudah,
to be continue..
No comments:
Post a Comment