Friday, September 10, 2010

Publica.

First raya begitu banyak ceritera yang ingin di ungkapkan dan di perkatakan. Pabila sudah jumpa saudara mara yang jauh atau pun dekat, tak kisah la kan? yang penting kita saling kunjung mengunjung. hari raya sahaja yang dapat menyatukan sillatulrahim sesama umat. 
Bermula sudah kaum-kaum mukabuku mengabadikan a.k.a upload gambar raya mereka berbagai warna baju melayu, baju kurung, baju kebaya dan baju-baju sekumpulan dengan nya. Ada yang berada di kampung, ada juga yang berada di bandar, Yang penting! meriah! ok la kan? aku ada la "skodeng" mukabuku teman-teman dan juga orang yang tidak di kenali, bukan aku nak buat ape pun just nak tengok kemeriahan korang menyambut syawal. 
Banyak jugak la info yang aku dapat, berguna? boleh la buat modal beli milo ais then duduk depan laptop. Macam-macam cerita ada yang gembira pergi beraya sampai penat tak hengat tidur sampai lalat masuk hidung pun tak sedar dasat betul kan? Tapi ada jugak yang tak berapa nak gembira sebab time nak pergi beraya lah macam-macam hal berlaku ada yang kena ragut la, tayar pancit tepi highway, terbagi lebih duit raya, nangis tak dapat duit raya.
Tuh la asam pedas dan garam batu kehidupan, setiap orang ada cerita sendiri samada ingin berkongsi? belas kasihan? fofuler? atau sekadar suka-suka.Korang la yang decide aku tak kisah pun. Tapi bagi aku semua itu menarik,kenapa? ha! lu pikir la sendiri. suka suki aku jer guna tagline orang. Berbalik pada kenapa? benda yang kita tidak tahu jadi tahu, setiap orang ada corak kehidupan yang menarik tak kira la suka atau duka, omputih cakap flow kehidupan setiap saat adalah unik dan itu adalah arts,kalau di adaptasikan dalam filem mungkin cantik.
aduh,kering-kering
ketandusan idea sudah,
to be continue..

Thursday, September 9, 2010

harimauraya!

hari ini 09/09/10 bermakna esok sudah tamat ibadah puasa dan juga bulan ramadhan masuknya bulan syawal. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri aku susunkan sepuluh jari kepada semua sahabat handai dan juga saudara mara yang  jauh tetapi dekat di hati. Nak taip panjang pun tak guna jugak sebab aku nak cuti panjang jadi malas la nak pening kepala duk buat ayat. kepala aku tengah sakit sebab dam dam dum bunyi mercun. SELAMAT HALI LAYA!

Sunday, September 5, 2010

06/09/2010 jam 11:13am

Ak memulakan sesuatu yang baru iaitu  "blog". ak pernah jugak nk buat blog ni dulu, tapi tak kesampaian. bukan sebab ade halangan ape pon, cuma ak yang malas kot? tapi itu semua dulu, sekarang tidak! sebenarnye ak baru jer dalam bidang pertaipan ni. saje nk mencuba. benda ni sesuatu yang menarik, kite dapat mengekspresikan diri kita sendiri dengan melalui penulisan ataupun menaip.
bunyi mcm poyo la plak kan? cuma ak nak kongsi dengan korng semua ape yang ak lalui setiap hari dr saat ak bngun tido dan ak pegi tido blik, tapi takde la semua tak private la.
Sambil ak menaip dari 1 perkataan ke perkataan yang lain begitu jugak silih berganti lrt yang ade kat bawah tu dan depan mata ak. baru ak teringat yang hari ini isnin maknanye da dekat dah kita nk menyambut lebaran, ak rase mcm semalam jer baru stat puasa bukan la maknenya ak tak puasa, hee~
puasa tu puasa la beb, malu la korng kalo tak puasa sebab adik ak umur 4 tahun pun boleh puasa.
hehe..(sape kne sunat die terasa sakitnya!)
Raya! ble nak raya jer korng mesti nk SHOPPING mcm benda tu mcm satu kemestian btol ker? bagi ak mcm tak jer sbb ak pernah jugak tak shopping mse nak raya,contoh mcm raya tahun ni la ak bukan rase nk shopping pon tapi ak tengok dorg duk shopping sakan na dek nun! ish2! ak pernah gak shopping sakan sbb dah lama tak shopping baju byk da koyak, nnt ak pakai baju tu org ingt ak ni kembar Slash! cit!
Sebelum nak raya pun dah ade buat ak tak feel nak raya. sebab? Iphone ak kena curik! ni nak story mory ni.
Tanggal 2 september 2010 bersamaan dengan 22 ramadhan 1431,
ak punya marka a.k.a awek dah pkai la pergi kerja, mase tu pun ak bukan ade kat tmpt kejadian jadi ak tahu pun dari die punya story lah. dalam keadaan sebak die menceritakan "tadi sy pegang fon tu lepas tu kawan sy panggil, sy letak la fon tu ats meja sy,sy ingt takde pape la sbb mmber sy pun ade ltk fon die atas meja,sy pegi pun tak sampai 5 minit sy balik kat office sy tgk dah takde sy try call byk kali mmg dapat tapi takde bunyi pun kat tmpt tu kalau jatuh , sy tak buat silent pun fon tu,org lain tak boleh access fon tu sbb ade code,mcm mane ni yang? sorry la sbb ilangkan  phone awk,sy mintk maaf nnt sy ganti blik sy janji"
itu lah gamak story mory nye, pnjg lagi sebenarnye conversation ak dan si die,sbb selebihnye ak membebel la, mne ak tak membebel ak pkai pun tak sampai setahun, tu da 1 hal. ak baru jer pikir nk jual nak beli Iphone 4, mmg hajat tak kesampaian la jawabnye nak kne kumpul duet lagik, kalo x senang2 jer ak raya ni pkai fon baru.. haaii... nasib badan nak buat mcm mane?
p/s: kepada pencuri tu sekian maklum la sekarang ni kn bulan puasa anda tidak takut ke? mudah- mudahan anda dpt la hukuman yg setimpalnye la ok? eh, jap ak rase la anda dah mmg terseksa sbb fon tu ade code jd kena la jadi James Bond 007 dlu untuk break the code!

Sampai di sini warkahku, arios amigos chellos!